Salam ~
Kata Acha, " Berdua denganmu pasti lebih baik....."
Betul la kan?
Isy, ni yang buat aku mau hidup berdua, tak mahu lagi jadi solo..
Haha, cam orang desperate nak kawen plak!
Ni mesti kes jeles tengok rakan-rakan seangkatan yang sorang demi sorang dah mendirikan rumah tangga.
Aku je lah yang masih ada rumah tak bertangga :P
Neway, bukan itu yang aku tgh pikirkan. Bukan.
Aku cuma tgh refleks balik ape je yang aku buat selama dok sorang2 nih.
Tak banyak yang aku buat. Sebabnya, aku rasa takde sape kisah if aku nak buat or tak nak buat sth.
No one can tegur. No one can buat me semangat. No one can buat me jealous. No one can ajak me buat perkara yang baik dan berfaedah. No one, as there's only me and myself.
Mudah sangat rasa malas belajar, mudah sangat rasa liat bangun subuh, mudah sangat rasa malas masak, mudah sangat rasa malas baca Quran etc etc.
Kalau dulu, duduk berdua@ ramai-ramai, bila tengok orang study, adoi la..terbakar semangat nak study jugak..takmo kalah! Kalau masih asyik dibuai mimpi indah, akan ada yang mengejutkan untuk bangun mengadapNya. Kalau sesudah selesainya solat Maghrib, Quranlah yang jadi buku pertama.
Kini? Hurm...Bukanlah kata tak buat langsung, cuma menjadi sedikit liat dan mudah untuk terlupa.
Sebab itulah berdua lebih baik. Kerana ada yang akan memperingatkan.
Bila berseorangan sangat banyak cabaran. Mungkin ini satu ujian. Dia nak lihat kita mampu tak melawan hawa nafsu dan bermujahadah. Ye lah, sampai bila kita nak bergantung pada orang untuk berbuat kebaikan kan?
Ayuh! Kita lawan musuh yang bernama NAFSU. Bukankah jihad melawan hawa nafsu itu jihad yang terbesar? Tak mahukah kita dapat sebesar-besar pahala jihad?
P/s: Semua perkara ada kebaikan dan keburukan. Berdua tetap lebih baik sebab manusia mudah lupa.
Kalau tak berdua dengan manusia, apa kata kita berdua-duaan dengan Allah?
Bangun dan bermunajat kepadaNya kerana Dia senantiasa rindukan rintihan hambaNya...

No comments:
Post a Comment