Monday, March 1, 2010

Only comma, no full stop!

Salam~

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan " (94: 5 dan 6 )

Itu antara janji Allah kepada RasulNya, Muhammad SAW. Janji yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran itu juga adalah buat kita, hamba-hambaNya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar, dan tiada sedikit pun pendustaan. Tidak seperti janji manusia, yang hanya tahu mengatakannya, namun belum tentu akan dikotakan.

Alhamdulillah, syukur kerana aku memperoleh satu lagi mutiara berharga ketika usrah tadi. Ayat itu mungkin biasa kita dengar, sebabnya ia adalah terjemahan surah Al-Insyirah yang sering kita baca dan jumpa dalam Al-Quran yang merupakan surah dari Juz 'Amma. Tapi, jujur aku akui, aku sendiri baru benar-benar tersedar betapa dalamnya maksud kata-kata ini. Dua kali Allah mengulangi ayat yang sama, lihat betapa indah dan bermaknanya...

Mari lihat lagi. Kalau diperhatikan, perkataan "al-'usri" yang bererti kesulitan itu mengandungi huruf alif lam di depannya yang dari segi nahu Bahasa Arabnya membawa maksud kata nama khas dan merujuk kepada satu kesulitan. Lihat pulak perkataan " yusra", yang bermaksud kemudahan. Perkataan yusra itu, ditulis dalam perkataan yang membawa maksud jama' yakni, kemudahan-kemudahan. Betapa pemurahnya Allah ,iaitu bilamana diujinya kita dengan satu kesulitan, lebih banyak kemudahan pula yang akan menyusul nanti. Subhanallah!!!

Aku turut tertarik dengan ayat berikutnya yang merupakan kesinambungan daripada ayat tadi: " Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain ). Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap. " ( 94: 7 dan 8 )

Ayat ni, best. Memang betul-betul kena kat diri sendiri. Cuba renungkan, apa yang kita buat bila dah selesai buat satu-satu benda selalunya? Kalau diri aku sendiri, aku suka memalaskan diri, rilex-rilex sambil tengok cerita atau lebih mudah dikatakan, bersuka-suki. Sepatutnya, tiada istilah berehat dan berhenti dalam hidup ini selagi nyawa tidak hilang dari jasad. Bak kata seorang sahabat, " There's only comma, no full stop ". Noktah tu hanya akan terletak bila kita dah mati je. Tapi, comma tu pun, jangan la lama-lama. Ayat mesti disambung which is hidup mesti diteruskan. Yang ni, harus refleks balik diri kita. Bukan tak boleh berehat dan bersuka-suka, namun harus ada limit dan kembali menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah setelah selesai sesuatu urusan ( Amaran awal buat diri sendiri memandangkan demam cuti akan bermula tak lama lagi~ ). Ayat ni bukan boleh diaplikasikan bila kita punya urusan je, sama jugak kalau bersedih ke, emo ke..Boleh nangis dan beremo-emoan, tapi ingat..jangan biar perasan tu menguasai diri. Bila da puas, hentikan, dan lempar rasa itu jauh-jauh..bangkit semula dan teruskan langkah. ( Ini amaran keras buat aku yang mudah emo )

Tadi baru selesai satu test, dan yang pasti banyak lagi test yang menanti setiap minggu. Exam pon, kata orang dah berlegar-legar je di setiap sudut. Risau jugak akan mudah tercabar emotionally nanti. Moga apa yang dicoret kali ni dapat jadi pembakar semangat dan memberi manfaat. =) Mari rakan-rakan, sentiasa husnu dzon dengan Allah..Ingat, setiap kesulitan, pasti akan diiringi dengan kemudahan selepasnya...


P/s: Lagu latar kedengaran jiwang dan emo, apekah? Kena tukar lagu nasyeed nih =p

4 comments: