Wednesday, March 17, 2010

Dia datang...

Salam~

Kala aku berjalan pulang tadi, dapat kulihat ramai yang sudah mula keluar bermain dan beriadah di luar. Padang-padang semuanya dipenuhi manusia. Suasana kelihatan cukup hening dan ceria. Tambah-tambah lagi mentari galak memancarkan cahayanya. Tiada lagi kesuraman serta awan mendung yang menjadi identiti utama sang musim sejuk. Aku yakin kini musim bunga sudah bermula. Positifnya, suhu jugak dah mula beransur-ansur meningkat. Tak seperti minggu-minggu lalu, yang mana aku jangkakan telah pun masuk musim bunga, namun keterikan mentari hanya kepalsuan semata-mata kerana ternyata kesejukan masih lagi menggigit. Keindahan suasana ini turut membawa pergi segala gundah dan keluh kesah di jiwa. Melihatkan kembangnya bunga-bunga yang berwarna-warni di jalanan, hati turut mekar dan berbunga riang. Betapa nikmat Tuhan itu cukup besar dan tak terhinggakan. Alhamdulillah... =) 
Selamat datang musim bunga! Kamu bikin aku gembira. Tak sabar-sabar rasanya mahu berlari-larian di padang dan berpicnic di luar sana.. ;)

Bunga-bunga sepanjang jalan ke uni. Gambar diculik dari FB Aneesah :p

P/s: Rasa macam nak cabut bibir. Kering dan merekah. Sangat pedih especially tyme makan.
Perlu puasa barangkali...

2 comments:

  1. Takpe, penculikan dibenarkan.

    Nadiah trylah puasa Isnin & Khamis, I started last Monday, terasa gak ah, since near 14 hours. Today puasa lagi. :) Nih nak training puasa Ramadhan nantilah cadangannye... since it will be worse then. ^^;

    ReplyDelete
  2. Hehe, thanks Neesah.. =)

    Aah kan, bgs jugak tu. Boleh menguji tahap kesabaran kite kan3?

    insyaAllah akan mula berpuasa gak..

    ReplyDelete