Monday, March 15, 2010

Maafkan aku~

Salam~

Dua tiga hari ini, hati kembali tidak tenang. Mudah benar hati ini dihimpit resah. Pasti ada salah yang tanpa sedar telah aku lakukan. Perlu sentiasa muhasabah diri, perbaiki segala kelemahan.

Yang pasti, ada satu rasa yang benar-benar menekan jiwa. Rasa bersalah. Ada hati-hati yang telah aku lukai, mungkin. Maafkan aku kerna kadangkala aku kurang sensitif dan telah membuat kalian kecil hati. Bukan itu maksudku dan bukan itu yang aku mahu. Aku cuma insan biasa yang cuba untuk menyenangi semua namun adakalanya, lain pula jadinya. Kita berbeza dan cara kita tidak sama. Aku cuma mampu mencuba mencari titik persamaan itu.

Maafkan aku ;(



P/s: Mendengarkan lagu ini, aku jadi teringat akan seorang sahabat lama. Dia pernah memberiku lagu ini,
semasa kami berselisih faham suatu ketika dulu. Aku tujukan pula buat mereka yang mungkin hatinya telah ku lukai..

2 comments:

  1. insyaAllah..tahnks dear,
    suruh org la tahzan, tapi diriku sendiri yg tewas..huhu
    akan cuba, moga diberi kekuatan olehNya

    ReplyDelete