Salam wbt.
Masa tu aku, mak and ayah tengah tengok berita and keluarlah pasal tokoh-tokoh Maulidur Rasul tahun ni. Talking about them, of course mereka ni adalah orang-orang yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan umat Islam di Malaysia. Most of them jugak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang hebat pastinya.
Suddenly ayah said, "Hangpa adik beradik sorang pun tak mengaji agama (maksud ayah, tak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama ke peringkat yang lebih tinggi). Ayah harap jugak ada sorang yang pi mengaji agama. Boleh doa kat ayah nanti bila ayah mati."
"Eh, Along kan belajar sekolah agama dulu, ayah. Bukan Along tak teringin nak sambung. Tapi dah dapat peluang lain. Along pun tak tau macammana kalau nak sambung bidang agama. Bukan Along minat sangat akaun..", jawabku.
![]() |
| Universiti Al Azhar. Tempat yang pernah menjadi impian untuk aku sambung belajar satu masa dulu... |
"Boleh ja kalau hang mau mengaji agama dulu. Dah hang tak mau. Ayah bila sembang dengan orang, depa hantaq anak depa mengaji agama kat tempat baguih-baguih, kita jadi segan nak habaq kata anak kita pi ngaji kat negara orang putih...", balas ayah sambil berlalu keluar untuk solat Jumaat di masjid.
"Ayah hang tu memang kalau boleh nak tengok hang belajaq agama. Ambik Shariah ka. Tak pun dapat kerja kat Tabung Haji ka," tambah mak.
"Along memang teringin jugak mak nak buat agama. Tambah-tambah lagi bila tengok ramai ustaz ustazah Along dulu lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Tapi tu lah, Along tak tau macammana cara. Yang pi UK pun dapat biasiswa. Tak tau kalau bidang agama nak mintak macammana..."
"Tulah. Sebenaqnya ada ja hat zakat negeri Kedah tu dan hangpa layak mohon. Tapi kita yang tak tau..Takpalah, adik ada lagi. Suruh adik sambung ambik agama nanti. Tu pun kalau dia mau la..", kata mak lagi.
Tersentak hati aku bila dengar kata-kata ayah. Rasa sedih dan kecewa sebab tak mampu realisasikan hasrat ayah.
Ayah dan mak tak pernah paksa kami untuk buat apa yang mereka inginkan sebab yang penting kami berjaya. Apapun aku bersyukur sebab mak dan ayah dah bagi kami pendidikan agama yang baik masa kami sekolah dulu. Hantar pegi sekolah agama, mengaji Quran, belikan buku-buku agama.
Walaupun tak sambung ke peringkat yang lebih tinggi secara formal, tiada alasan untuk tidak terus belajar dan mencari sebab sebagai orang Islam, memang hal-hal agama kena jadi keutamaan. Carilah di mana-mana dan dengan cara apa sekalipun.
InsyaAllah Along akan cuba tunaikan hasrat ayah suatu hari nanti. Mudah-mudahan Allah beri peluang dan rezeki. Ameen..

No comments:
Post a Comment