Thursday, January 24, 2013

Sollu 'Ala Nabi

Salam wbt,

12 Rabiul Awwal 1434H. Salam Maulidur Rasul. Salam buat junjungan tercinta Rasulullah SAW, kekasih Allah.

Betapa Rasulullah itu manusia yang paling agung dan mulia akhlaknya. Setiap orang dipandang dengan penuh rasa mahabbah (cinta) oleh baginda. Yang tua dihormati, manakala yang muda sentiasa dikasihi. Tidak pernah ada pandangan ataupun rasa hina baginda terhadap orang yang berbuat salah. Malah dalam sebuah riwayat pernah suatu ketika ada mayat seorang yahudi dibawa melintasi Rasulullah SAW. Baginda terus berdiri tanda hormat malah merasa sedih kerana tidak berjaya menyelamatkan orang yahudi itu dari api neraka.

Selain itu, Rasulullah SAW juga tidak pernah membalas segala perbuatan buruk ke atas baginda melainkan dengan perbuatan yang baik. Dengan akhlak mulia inilah ramai yang telah tersentuh hati dan memeluk agama Islam.

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." [41:34]



Sallallah 'ala Muhammad
Sallallah 'alaihi wasallam
Ya Nabi salam 'alaika
Salawatullah 'alaika

Cintaku padamu seluas angkasa
Terbentang di jagat raya


P/S: Allahumma Solli 'Alaa Muhammad..Ya Rasulullah, sesungguhnya kami cinta dan rindu kepadamu.. :'(

No comments:

Post a Comment