Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama

Salam ~

Alhamdulillah. Masuk hari kedua Ramadhan di tanah air. Mungkin di sesetengah tempat, Ramadhan mereka baru bermula. Tak kira di mana dan bila, bulan mulia ini tetap disambut meriah dan penuh kesyukuran.

Seronok melihat post-post mengenai Ramadhan di blog-blog. Tak kurang juga status-status di FB. Belum masuk SMS-SMS kiriman dari kenalan masing-masing. Di tv, radio dan akhbar pun heboh mengenainya. Syukur alhamdulillah..semangat Ramadhan itu masih ada dan sering ditiupkan. Moga amal ibadah yang kita lakukan juga sekencang dan sehebat promo besar-besaran tersebut.

1 Ramadhan  pastinya punya bermacam ragam dan pelbagai cerita. Ye lah, hari permulaan. Aku sendiri pun, berdepan dengan banyak perkara di hari pertama Ramadhan kali ni. Di awal pagi, mestilah rasa liat nak bangun sahur. Al maklumlah, selalu bangun untuk solat Subuh je. Tu pun kira ok lah mak kejutkan untuk hidang makanan je. Kalau disuruh bangun lagi awal untuk masak, hai..alamat tak makan sahurlah. Mak kita memang hebat kan? Boleh bangun awal nak siapkan makanan, dan merekalah yang nanti pening memikirkan juadah berbuka.

Si adik pulak, baru disuruh belajar berpuasa penuh. Asyik mengadu tak larat sambil mengusap-usap perut yang lapar. Nak mintak simpati untuk berbuka kononnya tu. Kami terus-terusan memberi semangat untuk adik teruskan puasa. Biar dia belajar. Upah? Tu lah motivasi utama. Mak ngan ayah dua-dua janjikan habuan istimewa kalau adik berjaya puasa penuh. Ustaz kata, boleh janji bagi upah kat budak-budak kecik yang berpuasa sebab ni merupakan psikologi untuk ajar diorang berpuasa. Kalau dah besar harapkan upah jugak baru nak puasa, dah jadi rahsuah tu. Hai..takkan kalah ngan budak kecik kan? :P

Sempat la jugak ke shopping mall. Bukan nak beli baju raya, tapi berhajat nak cari buku buat bahan bacaan di masa senggang masa bulan puasa ni. Quran jangan lupa baca jugak. Kalau boleh, satu juzuk satu hari. Yang ni tak berapa best. Langkah je keluar kereta, telinga ni tertangkap kat irama yang berkumandang kat shopping mall tu. Aik, baru satu hari puasa, dah pasang lagu raya? Apekah? Patutnya, semangat puasa tu yang kena lebih. Raya tu nanti-nantilah. Adoii laa...

Waktu berbuka memang paling ditunggu-tunggu la. Letih jugak berpuasa pada hari pertama. Dari tahun ke tahun, bila dah faham erti berpuasa, juadah berbuka pun dah tak sebanyak dan sedahsyat dulu-dulu. Cukuplah dengan hidangan ala kadar. Asal dapat hilang lapar dan dahaga, alhamdulillah. Tetap rasa spesel tambah-tambah tyme ni lah nak kumpul ramai-ramai dan berbuka bersama family tersayang. Kalau dulu-dulu, kuih je dah berjenis-jenis, air berkaler-kaler n lauk pauk berpinggan pinggan. Amalan bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga, masih diamalkan.

Usai tiba waktu Isyak, suasana meriah di masjid-masjid dan surau-surau. Semua berkobar-kobar nak bertarawikh. Tak kira buat 8 rakaat atau 20, yang penting ibadah ni dilakukan dengan ikhlas. Syukur dapat peluang untuk bertarawikh lagi. Tak kurang jugak rasa rindu nak bertarawikh dengan sahabat-sahabat bila teringat zaman sekolah dulu. Apa pun, moga segala amal ibadat yang dilakukan akan diterima oleh Nya.

Sudah berkurang satu hari. Moga hari-hari seterusnya berjaya jugak diharungi dengan sepenuh hati. Harapan agar tak disia-siakan walau sesaat pun masa di bulan mulia ini. Kerana masih banyaknya kurnia dan hikmah yang perlu kita cari. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment