Friday, August 6, 2010

Minggu yang bermakna ( Part II )

Salam ~

Minggu yang sama. Dah puas meronggeng dengan rakan-rakan KDU, minggu yang bermakna tu diserikan lagi dengan pertemuan jejak kasih bersama sahabat-sahabat KISAS pulak. Yang ni lebih meriah. Bertemunya kami di majlis kenduri seorang sahabat iaitu Fathiyyah di Gombak. Kira ni yang paling gempak jugak sebab ramai di antara kami yang dah pulang ke tanah air. Kalau kenduri-kenduri sahabat sebelum ni, tak ramai yang berpeluang untuk hadir dan berkumpul beramai-ramai.

Aku dan Ema amik one day off hari tu from program WOW sebab nak ke kenduri ni. Alhamdulillah, Tn Pengarah kasik can nak kuar kejap. Janji diatur untuk bertemu dengan sahabat-sahabat ahli rombongan ke kenduri Fathiyyah di KL Sentral. Macam biasa la, bila dah lama tak jumpa, riuh kejap suasana kat platform lrt tu. Tambah-tambah ada kawan baik aku yang sorang tu. Haih, jadi jurukamera la pulak hari tu :P

Ingatkan rombongan kami dah sampai agak lewat, rupanya, kami antara yang terawal. Apa lagi, kami pun pegi la mengadap nasik minyak dulu memandangkan memang tyme tu dah agak lapar. Satu rombongan demi rombongan sahabat-sahabat KISAS mula sampai memeriahkan suasana. Seingat aku, banyak kali jugak kami bercadang nak mintak diri untyuk pulang. Memandangkan makin ramai sahabat-sahabat baru sampai, kami tak jadi-jadi nak balik. Dalam 4 jam lebih jugak la kami kat tempat kejadian. Apepun, rasa seronok sangat dapat berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat lama. Dah nampak matang semuanya.

Masa yang paling kami tunggu-tunggu mestilah ketibaan pasangan pengantin. Fathiyyah kelihatan anggun berjubah putih ditambah dengan senyuman yang manis terukir di bibir Kalau sang pengantin berdebar, kami yang melihat ni pun tak kurang berdebarnya. Macam tak percaya kami menghadiri kenduri kahwin sahabat sendiri. Apa-apapun, Alhamdulillah, Fathiyyah dah selamat bergelar isteri dan Puan. Didoakan agar Fathiyyah dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat, ameen... :) 

Lepas ni, sape pulak? Jeng, jeng , jeng...

Ahli rombongan ke rumah pengantin
Pakat dok mengadap nasik minyak
Kek perkahwinan
Bunga telur
Clah, Jihah and Dila
Mira, sang jurukamera terhebat pada hari tu
Ketibaan pengantin
Bersama ibu pengantin, Aunty Zai
Pelamin yang simple but sweet :)
Sesi bergambar bersama pasangan pengantin
Lagi sesi bergambar bersama pengantin
Sebahagian muslimat SPM '06 yang hadir
My dearest Dila, Clah, Yana and Iza
DJ ku chomel
With them and my lovely Shakirah


P/s: Sedikit terkilan sebab tak dapat nak jalan-jalan ngan korang after the kenduri. Sorry..ade rezki iAllah kite jumpe lagi dan ronggeng together gether keyh. Love u all!!!! ;)

6 comments:

  1. Pasni aku plakkkkkkkkkkkkkkkkk!!
    hahaha... *mimpi tk sudah*

    ReplyDelete
  2. hahahhahaahahha...

    sblm nadiah....ade org lain nak selit la..tp serius bukan aku!!!

    ReplyDelete
  3. Dyla ~ hahaha..sile2. Tp bkn tarikh idaman mse 2012 ke? :P

    Omar ~ bile-bile :P

    Mira ~ Ohooo...sape kah? KO jgn mira...silap2 mmg ko yg dulu :P

    ReplyDelete
  4. Sedihnyer.tak dapat jumpa korang sumer. :(
    aku ada program time tu.bila sampai majlis,dah petang.sumer dah tak ada.pengantin pun tak jumpa.

    RINDU KORANG,SERIOUSLY!

    ReplyDelete
  5. Huhu..sedeyh jugak :'(
    Nak wat caner, takde rezki..
    iAllah, ade rezki nnti dptlah kmpul reramai lagi

    ReplyDelete