Salam ~
Simptom-simptom ( apsal rse cam salah eja je :P ) malas meng update blog dah kelihatan. Well, bz menjadi suri rumah la katakan..ngehehe :P ( ade penipuan sunat berlaku di situ ). Sekembalinya aku mencoret ini pun sbb ada cerita selama aku menyepi. Cerita indah yang mengisi minggu aku. Minggu yang aku namakan ' Minggu yang bermakna '.
Minggu lalu cukup bermakna kerana aku dapat kembali bertemu dan melepaskan kerinduan terhadap teman-teman lama. Sesi jejak kasih pertama ialah dengan rakan-rakan kolejku di KDU iaitu Arfah, Hanaa, Syireen, Fiza, Mimi dan Ashley. Melainkan Hanaa, Mimi dan Fiza, yang paling lama tak aku temui semestinya Arfah dan Syireen. Ashley yg kat UK tu pon boleh dikatakan lama jugak aku tak jumpa.
Bila dah berjumpaan tu, dah pasti kami akan ke tempat-tempat yang pernah memberi kenangan indah buat kami iaitulah 1 Utama dan Al Safa. Mamak yg keje kat Al Safa tu pun still ingat kat kami. Tak ke dasat tu? Mulanya tujuan kami berkumpul adalah nak pegi bercuti. Teringin ke Melaka. Disebabkan ada kekangan tertentu dan masa yang kurang sesuai, kami cuma mengisi masa dengan berjalan di shopping-shopping complex sekitar KL. Sempat lah jugak tengok wayang citer Inception yang memaksa kami berfikir ala-ala nak masuk pertandingan menguji IQ.
Only after 3 days of jalan-jalan kat shopping complex aje, Arfah mengajak kami bercuti di rumahnya kat Janda Baik. Dengan senang hati kami menerima cadangan tersebut. Kat sana apa lagi, tentulah air terjun yang menjadi tempat tujuan. Memang best ahh sebab kami dapat mandi manda kat tempat yang takde org. Sakanlah berendam dan bermain air. Bukan setakat air terjun, kami jugak dapat makan durian yg segar dari kebun yg mana pokok2 durian tu ditanam sendiri oleh datuk Arfah. Siap masak sambal udang petai lagi yg mana petai tu pun dari kebun kepunyaan keluarga Arfah jugak. Memang terbaek lah rumah Arfah kat Janda Baik ni, macam-macam ade. Dari binatang ternakan cam kambing, ayam dan itik, ade jugak kolam ikan keli dan kebun sayur-sayuran. Suasananya pulak memang tenang dan damai. Sayu rasanya, bak kata Mimi :P
Anyway, thanks a lot to Hanaa for tumpangkan kami para perantau ni stay kat umah Hanaa. Thanks to you jugak my bebeh Arfah for bringing us to Janda Baik. My dear frens, u gurls are the best! Love you, XOXO ~
P/s : Ayah marah bile dapat tau kami mandi sungai. Sume gara-gara tak tau pasal virus ape ntah yg psl tikus2 yg terkena kat budak-budak yg mandi sungai kat Kedah tu. Haa..lain kali tengok berita. Mujur kami still sihat walafiat dan tak pae-ape.





No comments:
Post a Comment