Sunday, August 8, 2010

Marhaban ya Ramadhan...

Salam ~

Tetamu yang mulia dan bertaraf VVIP itu bakal bertandang kembali. Dalam 2 hari lagi insyaAllah. Mudah-mudahan dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengannya.

Tetamu yang ditunggu-tunggu dan bakal membawa rahmat itu adalah bulan Ramadhan. Bulan teristimewa, bulan barakah dan bulan pengampunan. Allah telah menjanjikan sebesar-besar ganjaran buat hamba-hambaNya yang meraikan Ramadhan dengan amal ibadah serta amal-amal soleh. Dalam bulan inilah seharusnya kita melatih iman dan diri kita ke arah yang lebih baik. Betapa luas peluang yang diberi olehNya untuk kita umat Islam untuk terpilih memasuki institusi pentarbiyahan yang datangnya selama sebulan dalam setahun.

Nabi pernah bersabda, " Celaka atas orang-orang yang bilamana Ramadhan berlalu, namun tiada perubahan yang berlaku pada dirinya ". Na'uzubillah, alangkah ruginya jikalau kita termasuk dalam golongan tersebut. Sesungguhnya kemahuan untuk berubah dan memanfaatkan peluang tersebut adalah atas diri kita sendiri. Seperti kata Imam Ghazali, " Titik-titik kekuatan itu ada bersama kita iaitu di qalbu ". Maka, marilah kita menjadikan kata-kata ini , " Aku ingin jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya ", sebagai motto kita pada Ramadhan kali ini.

Selain itu, marilah juga kita tanamkan beberapa azam sempena Ramadhan yang bakal tiba ini. 
  • Berazam untuk mengkhatamkan Al-Quran. 
  • Berazam untuk taubat nasuha.
  • Berazam untuk menjadikan Ramadhan sebagai titik mula untuk beramal soleh dan beristiqamah dengan setiap amalan-amalan tersebut.
  • Berazam untuk mengerjakan sebanyak mungkin kebaikan sekaligus mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.
  • Berazam untuk memperbetulkan akhlak dan mengamalkan akhlak-akhlak yang terpuji.
  • Berazam untuk menyebarkan agama melalui cara hidup Islam, cara berpakaian, berkomunikasi dsb.
  • Berazam untuk menyediakan perancangan ibadah agar tiada masa yang terbuang dan melaksanakannya i.e lepas sahur nak buat apa dsb.

Tidak lupa juga, sentiasa banyak berdoa dengan doa-doa yang maksur seperti : 
Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan

Maksudnya : Ya Allah ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang sangan suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku.

Mudah-mudahan, azam dan cita-cita kita untuk merebut peluang keemasan di bulan mulia ini akan tercapai. Wallahua'lam.

AHLAN YA RAMADHAN & SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SELURUH UMAT ISLAM.

No comments:

Post a Comment