Friday, August 20, 2010

Nostalgia

Salam ~

Ramadhan dah pun masuk ke fasa kedua. Cepat betul masa berlalu...
Apa telah kita maksimumkan 10 hari pertama Ramadhan kita? Peringatan buat diri dan sahabat-sahabat untuk sama-sama bermuhasabah kembali...

Semalam, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah atuk. Atuk sebelah emak. Atuk sebelah ayah tinggal kat rumah mak lang sepanjang bulan puasa ni. Takde can lah nampaknya nak berbuka dengan Tok Gayah. Kat rumah Tok Minah, alhamdulillah dah dua kali kami dapat berbuka bersama-sama. Gembira benar atuk dapat berbuka bersama cucu-cucunya.

Malam semalam jugak boleh aku katakan sebagai malam nostalgia. Sementara menunggu waktu berbuka, ayah dan mak berkongsi cerita-cerita lama. Nostalgia indah mereka di bulan Ramadhan masa kecik-kecik dulu. Jeles rasanya mendengarkan kisah-kisah mereka. Zaman kanak-kanak yang tak mungkin sama dengan zaman kanak-kanak kita dan tak mungkin akan sama lagi untuk generasi-generasi baru zaman kini.

******

Ayah : Dulu-dulu budak-budak la yang paling seronok skali time bulan puasa. Time mak ayah pi terawikh, budak-budak pun pakat ramai-ramai ikut. Tapinya nak pi main la, bukan sembahyang pun. Time yang paling kami suka, time moreh.

Mak : Betul-betul. Habih satu kampung kami berlari. Moreh dulu-dulu pun best pasal orang akan bawak juadah masing-masing untuk dikongsi. Dapatlah merasa pelbagai jenis juadah.

Ayah : Tapi, kat tempat kami, budak-budak nakal. Selalunya, kalau ada yang buat bubur kacang atau kanji misalnya, ada la yang terkena nanti. Budak-budak lagi suka kalau ada makanan macam mi ke, bihun ke, kami kurang gemar makan bubur-bubur ni. Geng yang nakal-nakal ni, masa orang tengah solat, diorg akan amik bubur kacang dan tuang dalam kasut orang. Sape yang pakai kasut bertutup, memang akan jadi mangsa sasaran budak-budak ni la..hahaha

Aku : Biar betul ? Sian kat orang tu..Nakal giler budak-budak tu ek.

Ayah : Lagi satu, kami suka letak mercun yang bertali-tali tu kat tayar basikal orang. Bila tuan punye basikal tu kayuh je, meletup-letup la mercun tu. Mau tak terkejut diorang! Ada je akal diorang nak kenakan orang..Kalau time petang-petang pulak, biasanya ramai budak yang ambik upah jual ais batu. Diorang akan ambik ketul-ketul ais yang berbentuk kiub besar from kilang cina kat pekan. Ais tu nanti akan disalut dengan serbuk-serbuk kayu sebelum disimpan dalam kotak kayu. Nak elakkan ais cepat cair. Then, bila dah penuh kotak tu, diorang akan kayuh basikal keliling kampung untuk jual ais-ais tu. Sebongkah tu harganya baru 10 sen satu. Buat kerja tu pun sebab nak cari duit lebih untuk sambut raya. 

Mak : Aah, kami ni kalau dapat tukar baju baru pun masa raya je lah. Setahun sekali je. Tak macam budak-budak sekarang, sangat beruntung. Nak je baju baru, mak ayah boleh belikan. Tu pun tak reti nak bersyukur lagi...

*****

Haa, cam tu la antara ceritanya. Tak pernah pulak aku rasa benda-benda camtu. Apa pun, nostalgia sambut puasa zaman kanak-kanak mesti semua orang ada, cuma akan berbeza mengikut tempat dan zaman. Lagipun, masa tu semua tak matang lagi, tak faham erti Ramadhan sebenar. Buat kita yang dah faham ni, seronok-seronok jugak, amal ibadah jangan dilupa. Tawaran hebat ni datangnya setahun sekali je tau!


2 comments:

  1. nostalgic betul story ko..mase kecik pg teraweh utk moreh ngan main mercun haha.

    moge dpt manfaatkan remaining 20 days of ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Ahahaha..zaman aku takde dah la..

    same2 la kte cube manfaatkan iAllah..

    ReplyDelete