Salam ~
Dalam minggu yang sama jugak, aku berkesempatan untuk menghadiri sebuah program pre departure untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tahun lepas aku pernah menyertai program ini sebagai peserta bersama rakan-rakan kolej dan tahun ini Alhamdulillah aku kembali berpeluang menyertainya sebagai fasilitator.
WOW ataupun Wonderful Overseas Weekend anjuran iLuvIslam sememangnya menjanjikan pengalaman yang cukup berharga. Bukan saja buat mereka-mereka yang bakal terbang, bagi aku sendiri yang dah pun belajar di sana tetap mendapat manfaat serta dapat mempelajari banyak perkara-perkara baru. Sayangnya, aku tak berkesempatan mengikuti kesemua slot terutama slot kupasan hadith oleh ustaz Ridha dan slot Fiqh Travellers oleh ustaz Hasrizal atas sebab urusan lain.
Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik di samping dapat mempelajari sesuatu daripada mereka. Ternyata setiap apa yang dibincangkan selama 4 hari 3 malam kami berkampung di NUR Bukit Unggul Sepang tersebut sebenarnya amat berguna untuk dipraktikkan ketika kita menjadi perantau dan pelajar di negara orang. Segala cabaran dan dugaan hidup di luar negara nanti insyaAllah dapat ditempuh dengan sebaik mungkin berbekalkan semangat dan bekalan ilmu pengetahuan yang dah diperolehi sepanjang program WOW ini.
To all the juniors, facilitators and committees:
Nice knowing you all :) Korang memang WOW!!!
And remember our theme , " ACE your Pace "
Anticipate change, Change happens and Enjoy change!
Moga Allah permudahkan segala urusan kita, ameen...
Adik-adik kumpulan aku : Amirah, Sofia dan Aishikin
Junior KISAS dan KDU : Amira Zulaikha
Rakan-rakan fasi : Nadiah Baharin, Ain dan Ema
Rakan-rakan fasi : Dijah dan Kak Farah
AJK Promosi yg sememangnya WOW, Farahin
Rakan fasi: Kak Yana
No comments:
Post a Comment