Salam wbt.
Dengan kembalinya laptop kesayangan ke sisi, barulah aku rasa lega and terasa nak menulis. Bukan apa, bila guna laptop lain rasa cam tak best je. Tak feel nak buat apa-apa..hehe. (Peh, alasan aku :P)
Hampir seminggu lebih si Compaq Presario CQ40 aku ni dah tersadai kat kedai komputer sebab kerosakan board nye. Dan dengan itu terbanglah sejumlah wang demi mengubati penyakit beliau..sobs :'( Memang padanlah muka aku sebab tak pernah nak jaga laptop ni betul-betul. Makcik kedai tu kata, board ni rosak sebab kemungkinan habuk dah banyak sangat melekat kat kipas laptop tu, pastu overheating or sebab suka main atas katil. Tersekat la nafas laptop tu macam orang kalau kena sekat nafas la. Haaa..lain kali jangan tau guna je, kena tau jugak cara menjaga alat-alat teknologi ni.
Kelip-kelip mata, dah bulan Julai. Cepatnya..cepatnya..cepatnya..Mixed feeling I bila masuk Julai ni. Berdebar-debar counting days beberapa hari lagi. (Counting days apakah? Jeng..jeng..jeng..hahaha.) Di samping perasaan dup dap dup dap tu, I'm so excited for Ramadhan is coming! In a week time lagi insyaAllah. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan sempat sampai ke Ramadhan kali ni. For the time being, tengah cuba bersiap-sedia baca apa yang patut, prepare mentally and physically dengan harapan Ramadhan kali ni Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Pastu rasa happy sangat sebab semalam, di hari terakhir Jun, aku dapat banyak berita baik tentang sahabat-sahabat yang bakal mengakhiri zaman single mingle mereka. Alhamdulillah. Ramai pulak sahabat-sahabat terdekat yang bertunang dan bakal menjadi raja sehari masa raya nanti. Berangan la aku nak pegi..mudah-mudahan ada rezeki merasa nasik minyak diorang. May Allah ease everything for them untuk preparation semua kan. Untuk sahabat-sahabat aku yang masih berstatus single, don't worry too much. The time will come, insyaAllah. Yang penting, kita still satu geng..hahaha.
Dalam seminggu dua ni jugak, aku dapat berita rakan-rakan yang grad from maktab last year sudah pun mendapat tempat dan di posting kan. Alhamdulillah, rezeki selepas hampir tujuh bulan menunggu. Sedikit ujian buat mereka, rata-rata mendapat posting di Sabah, Sarawak dan Johor. Jauh tuuu. Plus, membayangkan akan menempuh Ramadhan di tempat yang agak asing, mesti cuak jugak. Anyway, setiap perkara pasti ada hikmah kan. Dapat jugak pengalaman pegi sana dan mengalami kehidupan kat sana. All the best buat mereka. Since Aisyah Azmi, one of my ex-dormmates masa kat Kisas dulu pun dapat kat Sabah, aku pun sempat lah turun jumpa dia sekejap kat Sungai Petani. Seronok sangat dapat jumpa memandangkan last jumpa after SPM dulu la. Maintain slim and sweet lagi makcik ni ;)
![]() |
| All the best Aisyah di Tuaran sana! ;) |
Buat korang-korang yang call aku semalam (u know who u are), thanks banyak-banyak. Terbajet popular jap sebab berderet-deret orang call sampai adik I jeles..hahaha. Really made my day yang seringkali kebosanan nih. Puas ketawa kot :P Nanti senang-senang call la lagi update gosip terbaru..haha.
Ok, ni last..hehe. Congrats to The Red Warriors team (Kelantan) sebab menang dalam Piala FA 2013 buat tahun kedua berturut-turut. Putih mata Harimau Selatan (Johor Darul Takzim) tak dapat Audi. Well, pengalaman dan semangat berpasukan tu nampak membezakan kekuatan kedua-dua pasukan. This morning, Brazil pulak berjaya menewaskan Sepanyol 3-0 dalam Confederation Cup. Title juara World Cup and Euro Cup yang dimiliki Sepanyol ternyata bukan penentu yang mereka boleh menang dalam perlawanan kali ni. Congrats Brasilia!
P/s: Tiba-tiba minat kat Neymar, pemenang kasut Emas yang membawa Brazil menang tadi..hehe

Btol2, kite 1 geng lg! Huhu
ReplyDeleteHaha..kan2? Seb baik ada geng lagik :P
Delete