Monday, July 15, 2013

Erti Sebuah Ramadhan

Salam wbt.

Terjumpa this video. MasyaAllah, inspiring indeed. Plus, aku suka cara penyampaian Kak Wardina. It's simple yet memberi kesan. Come, let's watch the video. May we get something beneficial from it, 
insyaAllah :)



I've also jotted down some notes from the video for reference. Here you are:

  • Nowadays, dalam masyarakat kita, bagi sesetengah orang puasa tidak lagi dinanti-nanti. Kenapa? Kerana ianya telah menjadi adat ritual, dilakukan tanpa pemahaman.
  • Bila disuruh berpuasa, semua orang berpuasa kerana orang lain berpuasa. Bermakna dia tak faham kenapa dia berpuasa.
  • Sedangkan dalam Al-Quran, jelas Allah SWT nyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 183; "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..."
  • That's it. Puasa adalah untuk kita beroleh taqwa dan taqwa itu adalah sesuatu yang kita cari, menjadi goal hidup seorang Muslim yang faham.
  • Hakikatnya, ramai orang Islam yang tidak berpuasa. Ada juga yang berpuasa tetapi tidak solat. Satu lagi level di mana melakukan sesuatu tanpa pemahaman.
  • Bila melakukan sesuatu tanpa pemahaman, kita takkan merasa kenikmatan dalam melakukan perkara-perkara seperti solat, puasa, berhijab dan sebagainya. Setiap suruhan Allah itu ada kebaikannya bagi diri kita.
  • Apabila dapat merasa kenikmatan berpuasa itu, MasyaAllah..ianya dapat mengubah kita dari dalam hati kita.
  • Allah tahu kita ini sering lalai. Jadi, Allah bagi satu bulan dalam setahun ini untuk kita kembali mengingati Allah. Allah kata; "...mudah-mudahan kamu bertaqwa.."
  • Tak semua orang yang berpuasa itu mendapat taqwa dan semoga kita menjadi orang yang mendapat taqwa itu.
  • Kita lupa Allah 11 bulan dan Allah beri 30 hari untuk kita kembali kepadaNya. MasyaAllah, how kind Allah is.
  • 30 hari ini, Allah tidak memerlukan puasa kita. Kita yang memerlukannya untuk kembali kepada Allah, pencipta kita.
  • We need Ramadhan so bad, kerana jiwa-jiwa kita ini kotor, penuh dendam dan benci. Jiwa-jiwa kita ini sangat lalai dalam mengingatiNya.
  • Allah kata; "Ok, I give you a chance. Here is the chance supaya kamu melihat kembali ke dalam diri kamu, siapa kamu sebenarnya". Kembali untuk menyucikan hati-hati kita yang kotor ini, kembali dekat dengan Allah.
  • MasyaAllah, sekiranya kita berpuasa sesungguhnya kerana Allah dan untuk menyucikan hati ini, kita dapat merasa seolah-olah hati kita berkata-kata dengan Allah dan segala amal itu kita dapat rasa, kita rasa sebak. Kita buka puasa pun bukan dengan pergi bufet hotel sebab kita kata, "Cukup Allah." Kerana Allah ingin mengajar kita kesengsaraan orang lain juga.
  • Kita tahu di luar sana masih ada orang yang susah sehingga mencari makanan dalam tong sampah, tak cukup makan. Sedangkan kita ni makanan penuh satu meja, hakikatnya kita nak bersihkan hati kita daripada nafsu lapar, nafsu mengumpat, nafsu membeli dan sebagainya. So, it beats the purpose of fasting.
  • Moga insyaAllah pada tahun ni, kita menundukkan semua nafsu-nafsu yang telah bermaharajalela dalam diri kita.
  • Kita sekat kemahuan kita dan kita lihatlah hasilnya dalam jiwa kita yang insyaAllah, kita dapat rasakan sesuatu yang belum pernah kita rasakan sebelum ini.
  • Dan semoga Allah membrikan kesempatan buat kita menghabiskan Ramadhan kali ini, bertemu dengan lailatulqadar, insyaAllah dan semoga Allah menggantikan penyakit-penyakit hati ini dan Allah bantu kita menjadi seorang Muslim yang benar-benar hakikatnya mempunyai taqwa kepada Allah.
  • Mudah-mudahan kita semua menempuh Ramadhan ini dengan tangisan dan air mata, dengan penuh pengharapan dan semoga Allah mengampunkan kita semua sebab kita banyak sangat dosa.
  • Puasa ini, Allah menyuruh kita kembali bermuhasabah diri, bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk kita lebih kisah/peduli kepada orang lain.
  • Sekiranya puasa ini tidak membantu kita menyucikan hati, ada sesuatu yang tidak betul di sana.
  • Semoga kita berjumpa apa yang kita cari. Semoga kita berjaya memperoleh piala taqwa dan semoga Allah merubah kita menjadi manusia yang lebih baik lagi.
  • Sekiranya kita menempuh Ramadhan ini dengan seikhlas hati, kita membuka kembali kitab Allah yang telah diturunkan dalam bulan Ramadhan, kita membacanya dengan penuh penghayatan, kita berdoa semoga Allah mengubah kita menjadikan kita Muslim yang lebih baik, insyaAllah, banyak masalah dalam dunia ini dapat diselesaikan. Wallahua'lam.

***************
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat."

***************
"Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin! Aku pun mengatakan: Amin!" [Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya]

No comments:

Post a Comment