Salam wbt.
Ingat tak countdown yang aku katakan hari tu? Ha, inilah dia nak habaqnya. Orang tak countdown mende-mende gini. Aku je yang buat pasal ni antara perkara yang 'besar' dalam sejarah hidup aku...
Jadinya, hari ni genap 365 HARI aku since aku balik for good from the UK and...itu bermakna, selama itulah jugak aku dah menjadi penanam anggur (baca: penganggur) yang berjaya..huwaaaa :( Seriously, dulu masa belajar, bila dengar ramai la jugak para graduan menganggur sampai setengah tu bertahun-tahun, aku terfikir la jugak betul ke and kenapa kan. But then, bila aku sendiri dah melalui fasa yang sama, secara realitinya, baru aku faham. Faham perasaan diorang jelah, part kenapa susah nak dapat kerja and apesal tak dapat-dapat jugak kerja even dah belajar sampai universiti tu aku masih cuba nak faham dan tercari-cari jawapan.
Bukan setakat aku je, orang lain pun tertanya-tanya jugak la kan apasal la budak ni tercongok lagi kat rumah tak kerja-kerja. Kesian kat mak ayah mesti malu nak jawab apa bila orang tanya. Sepanjang setahun ni, memang tak dapat dinafikan macam-macam aku rasa. Setahun bukan satu jangka masa yang pendek ok eventhough cepat je terasa hari-hari tu berlalu. Bayangkanlah, orang yang bujang pun dah berkahwin, yang mengandung pun dah beranak, baby pun dah besar and pandai macam-macam dah dalam tempoh setahun tu, tapi aku? Not even move on to a new phase of life. Statik, sama je.
Kalau diingat-ingat, emosi aku pun memang tunggang langgang. Sometimes rasa useless sangat, depress, sedih, lost, stress. Negatif. Menangis and menyesal tu takyah cakap la. Tak terkira. Tapi yang paling heart breaking tu bila aku fikirkan mak dengan ayah. Malu pun ada sebab as anak sulung, patutnya aku la yang tolong bantu family. Ni tak, aku still bergantung kat mak ayah. Of course, as parents, mak ayah takkan pernah berkira kalau pasal duit cuma aku pasti yang mereka sangat risaukan masa depan anak-anak. I'm truly sorry mak and ayah sebab selalu buat mak ayah susah hati..terima kasih sebab selalu bagi supports and keep praying for Along..
Despite of those negative feeling, aku selalu cuba kuatkan semangat and kawan-kawan aku pun banyak bagi kata-kata semangat and reminders. Thanks korang! :') Ingat ni Nadiah: Soal rezeki kan Allah yang tentukan. Don't ever complain and rasa kecewa sebab Dia dah tentukan kadar dan waktu bilamana kita akan dapat rezeki tu. Memang kita rasa dah buat macam-macam, usaha itu ini tapi akhirnya kena doa and tawakal banyak-banyak. Then, redha. He knows best kan? Jangan buruk sangka and think that Allah tak dengar doa kita.
Mudah-mudahan sempena Ramadhan kali ni, akan dimakbulkan doa-doa aku dan kita semua. Ameen.
P/S: Tapi bila difikirkan balik, hikmah aku still kat rumah ni, dapatlah aku meluangkan banyak masa ngan family especially my parents. Sementara ada kesempatan ni, dapatlah aku tolong mak ayah jadi suri rumah, jadi driver, teman mak pegi pasar dsb. Alhamdulillah :)
P/S: Tapi bila difikirkan balik, hikmah aku still kat rumah ni, dapatlah aku meluangkan banyak masa ngan family especially my parents. Sementara ada kesempatan ni, dapatlah aku tolong mak ayah jadi suri rumah, jadi driver, teman mak pegi pasar dsb. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment