Monday, July 29, 2013

Rezeki & Jodoh

Salam wbt.

Benar, rezeki dan jodoh tu di tangan Tuhan. Ternyata hanya Dia yang tahu semua persoalan yang berkaitan keduanya. Tugas kita, usaha+doa+tawakal. Ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan, Alhamdulillah, setiap yang didoakan malah apa yang tak disangka-sangka akan diperoleh :')

Seminggu aku berada di KL minggu lepas. Dengan tujuan nak datang interview dari sebuah syarikat yang tak lah terkenal tapi menjanjikan peluang pekerjaan buat aku. Meskipun rasa agak berat hati untuk turun KL sebab dah berkali-kali turun tapi tak menemukan sebarang hasil dan segan nak kacau orang time bulan puasa camni (sebab terpaksa tumpang rumah orang), namun Allah permudahkan segala urusan.

Interviewnya sangatlah santai gaya borak-borak sambil minum kopi (tapi tak minumlah sebab puasa kan..hehe). Plus, Miss Chelvy (interviewer) tu pulak sangat soft spoken and very kind. She's actually a consultant kat company tu which is company abang dia. She inspired and advised me on a lot of things dalam masa 2-3 hari jumpa dia. I got the job and came for two days training just to know what kind of works I will be doing when I officially join in.  I feel honoured sebab she really wanted to take me in and wanted to teach me from the very basic as she knew that I didn't have any working experience. So, right after raya, a new phase of my life begin! Wish me luck, people :)

Besides that, rasa happy and bertuah sangat sebab dapat jumpa sahabat-sahabat tercinta for berbuka puasa masa hari Nuzul Quran. Dah lama sangat nak jumpa diorang semua especially ada di antara diorang bakal bertukar status masa bulan Syawal nanti. Thanks korang sebab arranged kan pertemuan kita ni..hehe. Apa lagi yang aku nak mintak selain dapat jumpa korang, berbuka dan berterawih sama-sama kat Masjid Besi serta berukhuwwah dan bergelak tawa ramai-ramai macam dulu? Precious time with you lovely people :')

Guess what? We even met Ust Don & his wife masa jalan-jalan kat
Taman Botani hari tu ;)

Iftar at Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi

Love



Moga pertemuan kita yang singkat tu akan menambah lagi eratnya persahabatan kita atas nama cinta kepada Dia..insyaAllah. Harap-harap lepas ni kita dapat peluang kumpul ramai-ramai lagi dengan sahabat-sahabat lain yang tak dapat datang hari tu.


P/S: Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Moga Allah izin jumpa cik Lailatul Qadar..ameen..Jom buat pecutan terakhir! ;)


1 comment:

  1. Salam nadiah...

    sorry tak dapat togather-gather hari tu... good luck for the new phase of life.. =)
    _atika 5/12_

    ReplyDelete