Wednesday, July 17, 2013

Masterpiece

Salam wbt.

Menurut Free Online Dictionary, masterpiece bermaksud;

mas·ter·piece (m s t r-p s ). n. 1. An outstanding work of art or craft. 2. The greatest work, as of an artist. Also called masterwork.

Everyone surely ada sisi kreatif masing-masing kan. So, apa pun yang kita hasilkan tu, kira masterpiece la..(for our ownselves sudahhh :P)

Tu dia masterpiece sempena Ramadhan.
(Tak reti pulak nak rotate pic ni..huhu)

Aku ada la satu tabiat ni which is suka doodling, contiang or melukis. Dulu, zaman belajar of course la aktiviti ni aku buat masa boring dengar lectures kan..ahaks (Eleh, korang pun mesti penah buat kan kan kan?) Tak pun, bila ada kertas kosong depan mata, pastu ada pen ke, pensel ke, haa siap la. Bukan lawa pun lukisnya, tapi saja syok-syok kata orang.

Sah-sah ni bukan lukisan. Dapat conteng macam ni pun aku suka jugak..hehe

Selama aku dok menanam anggur ni pun, aku jadikan aktiviti ni sebagai hobi. Bila rasa dah tak tau nak buat apa sangat, or ada something yang terlintas kat pikiran or nampak something yang interesting, aku start la lukis. Tambah best, bila adik aku bagi dia punya pen kaler-kaler Sharpie tu..ehehe. Aku siap beli sketch book lagi. Ada dua benda ni, cukup syarat, jalan. Heh.




Bila sebut pasal lukis, I remember that dulu masa sekolah rendah, ayah selalu lukiskan untuk aku. Tu pasal lukisan selalu kena lekat kat papan kenyataan belakang kelas..hehe. To my surprise, masa mengemas my personal things, aku terjumpa balik salah satu lukisan yang ayah pernah buat untuk aku dulu. Ayah lagi terkejut lah kan..tak sangka aku still simpan masterpiece dia..haha ;) 

Ni antara barang kenangan terMAHAL aku; Lukisan ayah :')

Not necessarily drawings as in dalam bentuk pictures, I do love something yang ada tulisan-tulisan yang font dia cool and cute. Khat paling suka and since sekarang tengah trending jugak seni-seni khat and jawi ni especially for hiasan rumah, aku pun berangan la bila ada rumah nanti nak jugaklah beli. Mesti best je bila tengok tersusun je khat kat dinding rumah kan? 

Nais giler kalau dapat home decor camni. Nakkkkkkkkkk!

Lagi best kalau aku ni seorang yang kreatif dan berbakat. Apa yang aku nampak semua aku boleh lukis. Seriously jealous dengan orang-orang kreatif ni. Subhanallah, Allah bagi kelebihan kat setiap orang tu berbeza-beza kan?

No comments:

Post a Comment